Kelas Online Banking

7 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Online Banking selama 30 minit. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 12.00 petang hingga 12.30 petang.

Pada kali ini,pihak staf Pusat Ekonomi Digital telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Sunarti,salah seorang penduduk Kg.Semangar Luar yang ingin mendaftar BSN Online Banking memandangkan beliau tidak pernah membuat perbankan online sebelum ini.

Selepas mendaftar,staf telah menunjukkan kegunaan dan fungsi yang terdapat pada BSN Online seperti JomPay,transaksi,dan cara-cara keluar masuk duit secara online bagi memudahkan kegunaan dan semakan pada masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali